/#2 #DietVlog Malaysia: Siapa kata diet tanpa sebarang excercise tak boleh turun berat?

#2 #DietVlog Malaysia: Siapa kata diet tanpa sebarang excercise tak boleh turun berat?

Yong sekarang di minggu kedua cubaan untuk #lostweight

Cabaran minggu kedua, penurunan tak sebanyak minggu pertama
Boleh tengok #diet vlog minggu lepas disini:

Minggu ni yong fokus buat intermittent fasting, yang bestnya badan yong rasa lebih ringan sekarang, yong pun dapat kawal pemakanan yong, cepat kenyang

Yang yong perasan, kebaikan intermittent fasting ni ialah kita dapat kawal diri dari kunyah junckfood. Sebab kita hanya makan ketika eating window sahaja.

Bagi yang ingin mula melaksanakan intermittent fasting, yong cadangkan untuk buat 12:12 dahulu sebagai permulaan,jangan terus drastik laksanakan 18jam, tak tahan nanti, perut kita belum biasa menerima makanan yang sedikit, yela sebelum ni kita makan macam bela saka, esok tiba2 terkejut takde makanan

Paling bagus IF ni, 16 jam – 23 jam dia berada di fasa fat burning yang mana semua makanan yang kita makan tadi akan dibakar

Kalau kita puasa 24 jam keatas, kita akan memasuki fasa ketosis. Ketosis ni fasa dimana semua makanan dah takde dalam perut kita, jadinya badan kita akan cari bahan untuk dibakar, so dia amik lemak2 yang ada dalam badan kita ni untuk dibakar, siapa tak nak kan? Tengah duduk relax, badan kita yang bekerja untuk kita, best kan

Yong akan teruskan lagi, tunggu video yong next week ya? Pls Subscribe😊